Resepi Bubur Siam @ Bubur Nasi Berlauk

Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah

-1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
-10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)
-3 cawan air
-1 ketul kiub ayam
-Secubit garam

Cara membuatnya

Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.

Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.

1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.

Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.

Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shopping Cart